Firman Allah Taala bermaksud: “Mereka-mereka yang berhijrah di jalan Allah setelah mereka dizalimi, nescaya Allah sediakan mereka, kebahagiaan di dunia dan ganjaran akhirat yang lebih besar, sekiranya mereka mengetahui.” Surah An-Nahl ayat 41.
Hijrah
ialah meninggalkan segala bentuk jahiliyah dari sudut kefahaman, tingkah
laku, muamalat dan seluruh cara hidup kepada mengabdikan diri dan
kepatuhan mutlak hanya Allah Taala yang Esa.
Bagaimana Untuk Berhijrah?
Gambaran
Saidina Abu Bakar ketika berhijrah hanya berbekal 6 ribu daripada 100
ribu dirham yang beliau telah infaqkan untuk perjuangan Islam, begitu
juga tokoh muda Musab bin Umair telah meninggalkan segala pangkat dan
kehidupan yang mewah semata-mata untuk menjadi pengikut setia nabi
Muhammad SAW bagi menegakkan Al-Hak di atas muka bumi Allah.
Kita dapat
saksikan peristiwa perit dan kesengsaraan yang berlaku pada generasi
awal “Ta’sis” yang telah ditarbiyah oleh Rasullulah SAW, bagaimana
mereka mampu untuk terus membawa panji Islam di setiap pelusuk dunia.
Ketika
hendak dikafankan Mus’ab bin Umair, diriwayatkan “Apabila ditarik
kainnya di atas maka akan ternampak bahagian tubuh bawahnya, apabila
ditarik ke bawah maka akan ternampak bahagian badannya di atas.
Demikianlah
pengorbanan yang telah ditonjolkan oleh para sahabat ketika peristiwa
Hijrah sehingga dikenali dengan golongan Muhajirin dan pengorbanan
sahabat di Madinah digelar dengan Al-Ansar. Tiada matlamat yang lain
hanyalah semata-mata untuk menegakkan Al-Hak di atas muka bumi ini.
Apakah rahsia besar golongan Muhajirin?
Jawapannya
ialah kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap perubahan itu mestilah
dimulai dengan hati yang bersih daripada sebarang kesyirikan terhadap
Allah, Barulah ianya akan melonjak berubah menjadi bentuk amalan serta
untuk mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Mengapa perlu berubah?
Adakah
mereka generasi awal berhijrah kerana menuntut kekayaan kerana sebelum
ini mereka adalah golongan tertindas? Atau mencari kerehatan setelah
diseksa di Makkah? Atau mencari pangkat dan kuasa? Adakah perjalanan
dari Mekah ke Madinah itu satu perjalanan yang begitu mudah untuk
ditempuhi?
Kesemua
ini menjadi penanda aras kepada generasi hari ini untuk berubah dan
ianya menuntut kepada pengorbanan yang amat besar. Khususnya generasi
muda Islam hari ini yang telah hanyut dengan nikmat-nikmat dan
keseronokan dunia yang bersifat hanya sementara, sekiranya mereka
menyedari dan menginsafinya.
Pengorbanan
yang tiada tolok bandingnya daripada seorang wanita yang telah sarat
mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan anaknya, sanggup
mempertaruhkan nyawa beliau dan anak yang dikandungnya semata-mata untuk
melihat perjuangan Islam dapat diteruskan di bumi yang baru iaitu
Madinah Al- Munawwarah. Asma bt Abu Bakar mempunyai satu prinsip yang
jelas iaitu pengorbanan amat diperlukan dari setiap umat Islam tidak
kira keadaan apa pun mereka sedang alami dan individu muslim ini mesti
membantu penghijrahan ke Madinah agar Rasulullah dan ayahandanya berjaya
sampai di bumi yang subur dengan sebahagian penduduknya yang telah rela
dan berbaiah dan berjanji untuk memelihara Islam dan menerima tarbiyah
dari Rasullullah SAW.
Apakah
keadaan kita sama seperti Asma’ bt Abu Bakar yang sarat mengandung, atau
Bilal bin Rabah yang diheret di tengah padang pasir yang terik atau
Amir bin Fuhairah dan ramai lagi generasi kaedah pembentukan sulbah?
Di padang
Mahysar, Allah pasti akan mempersoalkan dan membalas setiap individu
atas amalannya dengan seadil-adilnya. Seorang pemimpin akan ditanya
tentang kuasa, dan amanah-amanah yang telah diberi kepercayaan penuh
oleh orang ramai terhadapnya. Begitu juga bagi para suami, bagaimana
beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab, tatkala beliau mula
menerima lafaz ijab qabul pada awal pernikahannya.
Para
isteri juga akan dihitung dan tidak ada seorang pun dari kita yang akan
terkecuali. Kerana sifat Allah Yang Maha Adil itu akan mengatasi segala
perundangan dan mahkamah yang dikatakan adil yang telah dicipta oleh
manusia semasa kehidupan di dunia yang bersifat sementara.
Bagaimana untuk berubah?
Jangan tunggu dapat hidayah baru nak berubah. Malaikat Izrail tidak pernah menangguh walaupun sesaat untuk mencabut nyawa kita.
Bermula
daripada tolakan dalaman yang begitu kuat, tentunya hati akan senantiasa
berusaha mencari Al-Hak “Dengan penuh yakin anda akan berubah”.
Tanpa
toleh kebelakang, tanpa menghiraukan persekitaran yang sentiasa dihiasi
dengan kenikmatan oleh syaitan dan hawa nafsu, menjadikan hidup penuh
“relaks”, budaya hedonisme, hidup tanpa sekatan, peduli apa pandangan
ulama’. Maka jadilah dagang, sesungguhnya Islam itu datang dalam bentuk
asing( dagang ) Maka beruntunglah kita menjadi asing (dagang). Orang
sekeliling akan selalu perlekehkan anda. Kalau kita yakin kita telah
berada di jalan Allah, jangan sekali-kali anda lupa untuk selalu berdoa
dan bermunajat kepada Allah. Nabi Muhammad SAW sentiasa beristighfar
bukan sebab dosa baginda tetapi takutnya baginda akan kekurangannya
bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang terlalu banyak sehingga
tidak terhitung. “Apakah kita yakin kita tiada dosa?”
Kalau anda
seorang Muslim, paksi rukun Iman kepercayaan dan keyakinan terhadap
hari pembalasan, pasti akan bergetar jiwa untuk kita sama-sama bersegera
untuk membuat perubahan dan pengislahan pada individu muslim,
masyarakat dan seterusnya negara, agar kita semua mendapat keampunan dan
rahmat Ilahi.
Justeru
mengingati peristiwa hijrah Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar dan
sahabat yang lain merupakan lonjakan kepada individu-individu muslim dan
khususnya kepada golongan pendakwah, sesungguhnya penghijrahan dan
perubahan yang akan kita sama-sama laksanakan ini akan meruntuhkan
segala bentuk kebatilan yang telah sedia ada di sekeliling umat Islam
yang telah diasak oleh gerakan musuh Islam dan telah menjadi budaya
hidup.
Kebathilan
ini akan diruntuhkan oleh kita dan kita juga akan sama-sama
membangunkan al-Hak atas bumi milik Allah ini, tanpa ada ganjaran yang
diharapkan selain yang lebih kekal abadi iaitu syurga Allah Taala.
Semoga Bermanfaat.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar